emirBytes
terminal

WARNING: UNAUTHORIZED ACCESS IS PROHIBITED BY SECTION 401.B OF THE SYSTEM CHARTER. ALL KEYSTROKES ARE LOGGED.

TERMINAL_SESSION://PRIVACY_GENGHIWAY

> 1. Pengenalan

Aplikasi "Geng Hiway" dibangunkan oleh emirBytes sebagai alat bantuan perjalanan untuk pengguna lebuhraya di Malaysia. Aplikasi ini menyediakan maklumat mengenai hentian rehat (R&R), hentian sebelah, dan susur keluar lebuhraya bagi memudahkan perancangan perjalanan.

> 2. Maklumat Yang Dikumpul

Kami dengan tegasnya TIDAK mengumpul, menyimpan, atau menghantar sebarang maklumat peribadi pengguna. Aplikasi ini tidak memerlukan pendaftaran akaun, dan tidak menggunakan perkhidmatan analitik pihak ketiga.

> 3. Kebenaran Lokasi (GPS)

Satu-satunya kebenaran yang diperlukan oleh aplikasi ini adalah akses lokasi peranti (GPS). Kebenaran ini digunakan semata-mata untuk:

  • Mengira jarak dari lokasi semasa pengguna ke hentian rehat yang dipilih.
  • Menganggarkan masa ketibaan (ETA) berdasarkan lokasi terkini.

Data lokasi hanya diproses pada peranti dan tidak pernah dihantar ke pelayan luar, disimpan, atau dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.

> 4. Penyimpanan Data

Aplikasi ini tidak menyimpan sebarang data pengguna secara setempat atau di awan. Tiada cache data peribadi yang dikekalkan selepas sesi penggunaan berakhir.

> 5. Perkhidmatan Pihak Ketiga

Aplikasi ini tidak menggunakan sebarang perkhidmatan pihak ketiga yang mengumpul data pengguna, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan analitik, pengiklanan, atau rangkaian sosial.

> 6. Perubahan Kepada Polisi Ini

Polisi ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Pengguna akan dimaklumkan melalui kemas kini aplikasi. Sebarang perubahan akan berkuat kuasa serta-merta setelah dikemas kini di sini.

> 7. Hubungi

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kemusykilan mengenai polisi privasi ini, sila hubungi pembangun melalui emel:

[ emirbytes@gmail.com ]

01001001 00100000 01000001 01001101

01010100 01001000 01000101 00100000

01010011 01011001 01010011 01010100